Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

F.A.Q
1) Adakah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan menaja bekalan anak pokok kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan program penanaman pokok?
Tidak. Bekalan anak pokok boleh dibeli di nurseri-nurseri yang disenaraikan di ruangan marketplace laman web www.100jutapokok.gov.my atau di mana-mana nuerseri yang berdekatan.
2) Adakah maklumat berkenaan kempen ini terdapat di sosial media?
Ya. Anda boleh melayari laman berikut:
  • Facebook: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok https://www.facebook.com/100jutapokok
  • Twitter: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (@100jutapokok) https://www.twitter.com/100jutapokok
  • Instagram: https://www.instagram.com/100jutapokok
3) Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam aplikasi dan laman web ini selamat?
Aplikasi mudah alih dan laman web ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia serta diuruskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebagai pentadbir aplikasi. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.
4) Adakah pihak syarikat korporat boleh membuat program penanaman pokok bersama staf-staf syarikat?
Ya. Ianya boleh dilaksanakan melalui sumbangan dana kewangan (penajaan) yang diterima daripada syarikat tersebut. Walaupun begitu, perbincangan lanjut berkenaan keperluan program perlu dilakukan untuk mengenalpasti kos yang diperlukan bagi penganjuran program tersebut.
5) Adakah pokok Aloe vera (Lidah Jin) pokok berkayu?
Tidak. Pokok Aloe vera (Lidah Jin) adalah pokok dalam kategori tumbuhan tidak berkayu.
6) Adakah saya akan dapat sebarang ganjaran daripada kempen ini?
Ya. Anda boleh mendapatkan ganjaran berikut apabila anda mendaftar penanaman pokok dalam kempen ini. Ganjaran tersebut boleh didapati dalam aplikasi Penghijauan Malaysia pada paparan Ganjaran.
7) Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan aplikasi mudah alih Penghijauan Malaysia ini?
Tidak. Muat turun dan pendaftaran aplikasi mudah alih Penghijauan Malaysia adalah percuma.
8) Adakah sekolah, universiti, agensi, organisasi atau syarikat boleh menuntut ganjaran melalui akaun individu?
Akaun yang didaftarkan untuk sekolah, universiti, agensi, organisasi atau syarikat tidak boleh menuntut ganjaran yang ditawarkan kepada akaun individu.
9) Adakah syarikat sendiri yang perlu mendapatkan anak pokok dan kawasan penanaman?
Tidak perlu. Melalui Yayasan Hijau Malaysia, proses mendapatkan anak pokok dan kawasan penanaman akan dilakukan oleh pihak Yayasan Hijau Malaysia.

Yayasan Hijau Malaysia akan melantik kontraktor/vendor penanaman pokok bagi penyediaan dan penanaman anak pokok, melakukan servis penyelenggaraan dan rawatan serta pelaporan status anak pokok.

Bagi kawasan penanaman pula, Yayasan Hijau Malaysia akan mendapatkan kebenaran daripada pemegang-pemegang taruh yang terlibat (seperti Jabatan Perhutanan atau Pihak Berkuasa Tempatan) bagi penanaman pokok di kawasan-kawasan yang dicadangkan kepada syarikat korporat.
10) Apa itu aplikasi mudah alih 'Penghijauan Malaysia'?
Aplikasi mudah alih Penghijauan Malaysia berfungsi sebagai platform untuk memuat naik info berkenaan pokok yang ditanam oleh mereka yang terlibat dengan kempen ini.
11) Apakah jenis pokok yang boleh ditanam untuk kempen ini?
Jenis pokok boleh ditanam untuk kempen ini adalah tumbuhan berkayu yang mempunyai akar, batang, dahan dan daun.
12) Apakah komponen penajaan yang ditawarkan di bawah program penanaman pokok di bawah Yayasan Hijau Malaysia?
Melalui sumbangan dana kewangan (penajaan) yang diterima daripada syarikat korporat, komponen yang akan disediakan di bawah Yayasan Hijau Malaysia adalah seperti berikut:
  • Penyediaan dan penanaman anak pokok;
  • Servis penyelenggaraan dan rawatan pokok selama 2 tahun;
  • Penggantian anak pokok sebanyak 1 kali (sekiranya perlu/pokok mati);
  • Pelaporan status pokok yang ditanam; dan
  • Komponen penandaan kawasan penanaman oleh syarikat.
13) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk berdaftar dengan aplikasi mudah alih ini?
Langkah 1:
Muat turun dari Galeri Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store dan Google Play Store.

Langkah 2:
Selepas memeriksa skrin yang menjelaskan tujuan aplikasi berkenaan, Tekan "Teruskan" untuk dibawa ke paparan "Log Masuk". Kemudian tekan "Daftar" untuk mendaftar sebagai pengguna baharu.

Langkah 3:
Isikan maklumat yang berkenaan, tekan "Hantar". Maklumat pautan dan kata laluan pendaftaran akan dihantar melalui emel.

Langkah 4:
Aktifkan pautan yang telah dihantar melalui emel. Anda boleh menukar kata laluan selepas berjaya mendaftar masuk.

Langkah 5:
Untuk daftar masuk dalam aplikasi Penghijauan Malaysia.
14) Apakah peranti yang menyokong aplikasi mudah alih 'Penghijauan Malaysia'?
Untuk menggunakan aplikasi mudah alih Penghijauan Malaysia, anda memerlukan peranti yang memenuhi keperluan sistem dan keserasian kandungan yang berkaitan, akses Internet dan sistem operasi yang serasi. Bagi pengguna peranti Android, aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dan digunakan dengan perisian operasi 5.0 (Lollipop) ke atas. Bagi pengguna iOS pula, peranti perisian operasi iPhone tersebut mestilah iOS 11 ke atas.
15) Apakah Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok?
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bagi memelihara kawasan hijau yang akan dilitupi oleh pokok-pokok dan kawasan hutan di seluruh negara untuk kesejahteraan dan kehidupan lestari. Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk menyemai semangat cinta dan menghargai alam semula jadi serta memupuk kefahaman mengenai penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature-based solutions) dalam mencapai kehidupan lestari yang lebih baik dan menghijaukan Malaysia.
16) Apakah saya boleh mendapat pelepasan cukai sekiranya menyertai Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta ini?
Individu atau syarikat swasta yang menyalurkan sumbangan dana kewangan (penajaan) kepada Yayasan Hijau Malaysia berpeluang untuk mendapat potongan cukai yang ditawarkan oleh Yayasan Hijau Malaysia di bawah Sub-Seksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967 dimana pengecualian cukai sebanyak 10% bagi syarikat korporat daripada jumlah pendapatan agregat tahunan dan 10% bagi individu daripada jumlah pendapatan tahunan.
17) Apakah syarikat-syarikat korporat atau agensi yang telah bekerjasama bersama Yayasan Hijau Malaysia sebelum ini bagi program penanaman pokok?
Syarikat-syarikat yang telah bekerjasama bersama Yayasan Hijau Malaysia adalah seperti berikut:

Penanaman pokok hutan oleh AmBank (M) Berhad dan Telekom Malaysia (TM).
  • Ambank: https://www.100jutapokok.gov.my/news/469
  • TM: https://www.100jutapokok.gov.my/news/492
Penanaman pokok bakau oleh Bank Negara Malaysia Volunteers Association (BNMV) dan UMW Corporation Sdn Bhd.
  • BNMV: https://www.100jutapokok.gov.my/news/499
  • UMW: https://www.100jutapokok.gov.my/news/479
Penanaman pokok nadir dan pokok landskap oleh Malaysian Timber Council (MTC) dan Sun Life Malaysia.
  • MTC: https://www.100jutapokok.gov.my/news/503
  • Sun Life Malaysia: https://www.100jutapokok.gov.my/news/494
Syarikat-syarikat dan agensi lain adalah seperti Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Runsteur Malaysia, Mitsubishi Motors (M) Sdn Bhd, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Permodalan Nasional Berhad.
18) Bagaimanakah caranya untuk menghubungi pihak Yayasan Hijau Malaysia bagi tujuan untuk kerjasama, penyaluran penajaan dan pengecualian cukai bagi program penanaman pokok?
Mana-mana pihak yang berminat menyalurkan sumbangan dana kewangan (penajaan) boleh menghubungi pegawai Yayasan Hijau Malaysia bagi mendapatkan penerangan dan penjelasan lanjut seperti berikut:

  • Dr. Rafidah Rashid (rafidah@yahijau.com)
  • En. Hafizan Ahmad (hafizan@yahijau.com)
  • En. Mohammed Ridhuan (ridhuan@yahijau.com)
  • Cik Nur Hidayah Husaini (hidayah@yahijau.com)
  • Puan Nor Hana Rosli (hana@yahijau.com)
YHM juga boleh dihubungi melalui talian 03-8861 7811 atau email ke write2us@yahijau.com
19) Bagaimanakah sumbangan penajaan daripada syarikat korporat akan digunakan di bawah program penanaman pokok Yayasan Hijau Malaysia?
Sumbangan dana kewangan (penajaan) daripada syarikat korporat akan digunakan mengikut keperluan syarikat tersebut. Secara asasnya, terdapat 2 situasi iaitu:

Situasi A - 100% jumlah penajaan daripada syarikat boleh digunakan untuk komponen penanaman pokok sahaja; atau

Situasi B - Jumlah penajaan tersebut boleh dibahagikan di antara komponen penanaman pokok dan penganjuran majlis program penananam pokok.
20) Bagaimanakan untuk saya sertai kempen ini?
Anda boleh menyertai kempen ini dengan memuat naik gambar pokok yang telah ditanam melalui aplikasi mudah alih 'Penghijauan Malaysia' atau di laman web www.100jutapokok.gov.my
21) Berapakah tempoh masa kempen ini di jalankan?
Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula daripada tahun 2021 hingga 2025.
22) Di mana saya boleh muat turun aplikasi mudah alih 'Penghijauan Malaysia'?
Aplikasi mudah alih 'Penghijauan Malaysia' boleh dimuat turun dari Galeri Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store dan Google Play Store.
23) Di manakah kawasan penanaman di bawah Yayasan Hijau Malaysia?
Kawasan penanaman di bawah Yayasan Hijau Malaysia adalah bergantung kepada jenis pokok yang ditanam.

Cadangan kawasan penanaman bagi pokok hutan dan bakau adalah di kawasan hutan simpan (HS/HSK) di bawah penyeliaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan/atau Jabatan Perhutanan Negeri.

Bagi cadangan kawasan penanaman pokok landskap, pokok teduhan dan pokok nadir boleh di tanam di kawasan-kawasan bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran/Majlis Bandaraya) seperti taman-taman awam.
24) Di manakah tempat saya boleh menanam pokok?
Anda boleh menanam pokok di mana-mana sahaja, sama ada laman rumah sendiri atau kawasan-kawasan yang dibenarkan oleh pemilik dan pihak pengurusan kediaman anda. Anda perlu semak dan merujuk kepada peraturan Pihak Berkuasa Tempatan serta peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa di kawasan tersebut.
25) Siapakah yang boleh menyertai kempen ini?
  • Semua penduduk Malaysia
  • Agensi Kerajaan
  • Syarikat-syarikat swasta
  • Badan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation)
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
  • Sekolah-sekolah kerajaan dan swasta
25 rekod

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my