Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah RMKe-12 telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 pada 8 September 2020. Pelancaran kempen ini telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 5 Januari 2021.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - NRECC) akan mempromosi dan menggalakkan penglibatan serta kerjasama pelbagai pihak meliputi Kerajaan-kerajaan negeri, Kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan persekutuan/negeri yang berkaitan, syarikat swasta dan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-institusi pendidikan serta orang awam dalam menjayakan kempen ini.

Objektif Kempen

Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk:

  • mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan;
  • meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula;
  • merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan litupan hijau sebagai satu agenda nasional;
  • memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok dapat dicapai; dan
  • menggalakkan penyertaan agensi kerajaan persekutuan/negeri, syarikat swasta dan badan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-insitusi pendidikan/penyelidikan dan orang awam dalam usaha penanaman pokok.

Sasaran Kempen

Kempen ini mensasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri akan mengadakan program-program bagi merakyatkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan melibatkan seluruh penduduk Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Tema Kempen

Tema kempen ini adalah “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my