Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Kumpulan Ambank tanam 780 pokok di Taman Eko Rimba Bukit Sg. Putih
diterbitkan pada 11 June 2022

Sebanyak 780 pokok telah berjaya ditanam oleh Kumpulan Ambank sejak Januari lalu dengan penanaman baki 23 pokok daripada spesies pokok kapur (Dryobalanops aromatica) dijalankan pada 11 Jun 2022 dalam satu program penanaman pokok di Taman Eko Rimba Bukit Sg. Putih, Cheras, Kuala Lumpur.

Objektif program kerjasama antara Kumpulan Ambank dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) ini adalah untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Kumpulan, Kumpulan Ambank, Dato' Sulaiman Mohd Tahir. Turut hadir, KPE YHM, Amin Abdullah; KPE Ambank Islamic, Eqhwan Mokhzanee; Timbalan Pengarah (Labuan) Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan, Suhaidi Sinin; Ketua Bahagian Pengurusan Projek YHM, Dr. Rafidah Rashid; serta wakil-wakil Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan.

Pada 8 Januari lalu, sebanyak 11 pokok yang terdiri daripada spesies pokok kapur (Dryobalanops aromatica), rambai (Baccaurea motleyana) dan tampoi (Baccaurea macrocarpa) ditanam oleh pihak Kumpulan Ambank sebagai simbolik pelancaran program penanaman pokok bersempena dengan sambutan Hari ESG (Environment, Social and Governance) AmBank. Seterusnya, sebanyak 746 pokok kapur ditanam pada bulan April tahun ini.

Menerusi jalinan kerjasama dengan YHM, pihak Kumpulan Ambank akan mendapat manfaat daripada pengecualian cukai yang disediakan di bawah Kategori Pemuliharaan Alam Sekitar.

Amin merakamkan penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan oleh Kumpulan Ambank dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.

Beliau juga berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan pada masa akan datang dalam usaha untuk mencapai sasaran penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my