Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

5 syarikat, 72 staf FRIM sertai program 'Forester for a Day'
diterbitkan pada 24 December 2021

Lima syarikat dan 72 sukarelawan yang terdiri daripada staf Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta wakil syarikat-syarikat berkenaan telah menyertai program ‘Forester for a Day’ yang diadakan di FRIM Kepong pada 22 dan 23 Disember lalu.

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang disokong oleh Kuala Lumpur Business Club (KLBC), Besi Apac Sdn Bhd, GHL Systems Berhad (PAYSYS), MSIG Insurance (Malaysia) Bhd dan Kelington Group Berhad.

Sebanyak 140 pokok seperti Shorea sumatrana (balau sengkawang air), Shorea glauca (balau laut), Intsia palembanica (merbau), Neobalanocarpus heimii (chengal), Pentaspadon motleyi (pelong) dan Hopea sp. (giam) telah ditanam.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Cawangan Pengurusan Hutan FRIM diadakan untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia yang dilancarkan pada 5 Januari 2021.

Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM yang menyempurnakan program tersebut pada 22 Disember mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang terlibat serta sukarelawan FRIM atas sokongan.

Selain itu, staf Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM yang diketuai pengarahnya, Dr Lillian Chua turut menanam 12 pokok di sekeliling bangunan Herbarium di FRIM, Kepong pada 7 Disember 2021. Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada spesies nadir, spesies hutan dan beberapa spesies dipterokarpa yang terancam seperti Shorea peltata (meranti telepok), Maingaya malayana dan Aquilaria hirta (pokok candan).

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my