Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM anjur penanaman pokok sempena ulang tahun ke-36
diterbitkan pada 29 October 2021

Dr Ismail menanam pokok Merbau di Field 25 bersama Sadali Sahat dengan diperhatikan oleh Dr Norwati, Toh dan Dr Noor Azlin

(Copyright © FRIM)

20 Oktober 2021- FRIM telah mengadakan Program Penanaman Pokok sempena Sambutan Ulang Tahun ke-36 pada bulan Oktober 2021 di kampus utamanya di Kepong serta di stesen-stesen penyelidikan FRIM (SPF), selain menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti lain.

Mulai 1 Oktober lalu, lebih 1,700 pokok berkayu pelbagai spesies telah ditanam di FRIM, Kepong serta di 10 stesen penyelidikannya dan aktiviti penanaman pokok akan dipergiatkan lagi. Majlis pelancaran program penanaman pokok ini disempurnakan oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM pada 15 Oktober lalu di Kem Perah.

Turut hadir, Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan); Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan KP (Operasi); Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar; Pengarah Bahagian Keluaran Hutan, Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir; Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan, Dr Mohd Rosli Haron; dan Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat.

Sebanyak 20 pokok Merbau (Intsia palembanica) dan Balau laut (Shorea glauca) ditanam di Field 25 bersama-sama dengan staf Unit Komunikasi Korporat dan Cawangan Pengurusan Hutan.

Berikut merupakan pecahan jumlah pokok yang ditanam di FRIM dan SPF mulai 1 hingga 15 Oktober:

  1. FRIM, Kepong: 40
  2. SPF Bidor, Perak: 90
  3. SPF Mata Ayer, Perlis: 12
  4. SPF Bagan Datuk, Perak: 100
  5. SPF Segamat, Johor: 10
  6. SPF Jeli, Kelantan: 450
  7. SPF Pasoh, Negeri Sembilan: 3
  8. SPF Setiu, Terengganu: 5
  9. SPF Jengka, Pahang: 2
  10. SPF Maran, Pahang: 1,010
  11. SPF Selandar, Melaka: 5

Ismail mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat serta menyeru agar aktiviti ini dipergiatkan lagi bagi menyumbang kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan sasaran FRIM sebanyak 20,000 batang pokok setahun.

Saksikanlah video program tersebut yang juga bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang dilancarkan pada 5 Januari 2021.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my