Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Inisiatif diperingkat negeri dibawah Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
diterbitkan pada 15 July 2021

Forest Landscape Restoration (FLR) merupakan inisiatif Jabatan Hutan Sarawak yang telah diangkat sebagai salah satu agenda Kerajaan Negeri bagi memastikan Sarawak kekal dengan sekurang-kurangnya 62% kawasan litupan hutan. Inisiatif FLR yang telah dilancarkan pada 15 Jun 2019 bertujuan untuk melestarikan kawasan hutan terosot dengan spesies pokok yang bernilai tinggi.

Melalui inisiatif FLR, Sarawak mensasarkan penanaman sebanyak 35 Juta pokok bermula tahun 2021 sehingga 2025 iaitu sebanyak 7 juta pokok setahun sekaligus menyumbang kepada statistik keseluruhan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Untuk terus memperkasakan pelaksanaan program restorasi ini, Jabatan Hutan Sarawak turut mengeluarkan satu garis panduan yang komprehensif melalui DF Circular No. 2/2019 dengan memastikan setiap kawasan usahasil hutan yang berlesen turut melaksanakan aktiviti restorasi di kawasan masing-masing.

Jabatan Hutan Sarawak juga sentiasa mendorong penyertaan secara inklusif dalam pelaksanaan FLR terutamanya oleh komuniti setempat yang menjadi pemangkin pertumbuhan FLR di negeri ini.

Rujukan:
Greening Sarawak: Forest Landscape Restoration - Updates and The Way Forward.

Gambar: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my