Hak Cipta © 2026, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Sukarelawan UM tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 06 December 2025

Seramai enam sukarelawan dari Universiti Malaya (UM) telah menyertai aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 6 Disember 2025 bagi memenuhi keperluan Kursus ID3002: Pemuliharaan dan Pembangunan serta menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Kumpulan ini disambut oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM. Ucapan alu-aluan turut disampaikan oleh Dasrul Iskandar Darus, Ketua Cawangan Silvikultur Ladang (SILVI) FRIM.
Mohd Ramly Mohd Saleh, Penolong Pengurus Taman/Ladang SILVI, memberikan taklimat keselamatan dan demonstrasi kaedah penanaman pokok kepada para peserta.

Sebanyak 20 pokok kelempayan (Neolamarckia cadamba) tajaan Kuala Lumpur Business Club (KLBC) telah ditanam sebagai sokongan terhadap usaha pemuliharaan dan penghijauan komuniti.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my