Hak Cipta © 2026, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Øglænd Industries sertai 'Eco-Roots Initiative' di FRIM
diterbitkan pada 29 November 2025

Øglænd Industries Sdn. Bhd. telah menyertai program CSR Eco-Roots Initiative di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 29 November 2025 untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar.

Ketibaan 30 peserta yang diketuai oleh Lee Su Ann, Ketua Unit Kualiti (Øglænd Plants) disambut oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan serta taklimat mengenai sejarah FRIM dan peranannya dalam memperkasa pelaksanaan program CSR korporat berkaitan dengan agenda hijau dan kelestarian alam.

Seterusnya, para peserta dibawa ke Tapak Semaian Utama (TSU) bagi aktiviti penghasilan anak pokok berkualiti. Adilah Mohd Zain, Pembantu Penyelidik Cawangan TSU FRIM menyampaikan taklimat teknik penyemaian sebelum para peserta melakukan aktiviti penyemaian anak pokok peluru meriam (Couroupita guianensis) dan bunga tanjung (Mimusops elengi) yang dikendalikan oleh Noraliza Alias bersama pasukan urus setia CSR FRIM di TSU.

Sebagai tanda sokongan berterusan terhadap kempen penghijauan, setiap peserta menerima anak pokok kasai (Pometia pinnata) untuk dibawa pulang dan ditanam di lokasi masing-masing.

Program diakhiri dengan lawatan berpandu ke Denai Keruing, di mana peserta diperkenalkan kepada pelbagai spesies pokok penting di FRIM dan melihat fenomena malu-malu silara (crown shyness).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my