Hak Cipta © 2026, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

BSN sokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
diterbitkan pada 15 November 2025

Seramai 16 staf Jabatan Perbendaharaan dan Pelaburan, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyertai program penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 15 November 2025 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Delegasi BSN ini disambut oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM. Dasrul Iskandar Darus, Ketua Cawangan Silvikultur Ladang (SILVI) FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta, diikuti dengan ucapan oleh Asaraf Aboo Bakar, BSN.

Asaraf berkata BSN komited dalam mendukung inisiatif penghijauan selaras dengan aspirasi syarikat untuk mengintegrasikan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang baik (ESG) dalam aktiviti korporat.

Mohd Ramly Mohd Saleh, Penolong Pengurus Taman/Ladang, Cawangan SILVI menyampaikan taklimat keselamatan dan menunjukkan kaedah penanaman pokok kepada para peserta.

Sebanyak 20 pokok berjaya ditanam iaitu meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) dan keruing bulu (Dipterocarpus baudii).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my