Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melalui Cawangan Perhutanan Bandar dengan kerjasama Cawangan Promosi dan Outreach telah menyertai pameran sempena Program Madani CEPA Penghijauan Malaysia 2025 anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang diadakan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) pada 8-9 November 2025.
Reruai FRIM mengetengahkan penyelidikan perhutanan bandar bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan kehijauan dan kelestarian bandar.
Antara tarikan utama, demonstrasi alat PiCUS Sonic Tomograph, peralatan berteknologi tinggi yang digunakan untuk mengesan kerosakan dan pereputan pokok tanpa menebangnya (non-invasive).
Selain itu, FRIM turut mempamerkan koleksi buku FRIM yang merangkumi pelbagai bidang penyelidikan hutan dan alam sekitar.
Untuk golongan muda dan keluarga, turut diadakan aktiviti permainan bertemakan alam sekitar yang interaktif dan mendidik — memperkukuh kesedaran awam terhadap kepentingan memelihara kehijauan bandar.
Program ini disertai pelbagai agensi termasuk PERHILITAN serta syarikat yang menjual produk dan kraftangan perhutanan.
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my