Senju (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 1 November 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Mohd Ramly Mohd Saleh, Penolong Pengurus Taman/Ladang, Cawangan Silvikultur Ladang FRIM memberikan taklimat keselamatan serta panduan penanaman pokok kepada para peserta.
Koji Tsubono, Pengarah Senju (Malaysia) dalam ucapannya menekankan bahawa usaha penanaman pokok bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, malah memberi peluang kepada kakitangan syarikat untuk bersama-sama memupuk kesedaran hijau dalam komuniti.
Sebanyak 20 pokok keruing bulu (Dipterocarpus baudii) dan merawan kanching (Hopea subalata) ditanam oleh 30 peserta program ini.
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my