Hak Cipta © 2026, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Petron Malaysia, YHM, JPNPk tanam 500 pokok di HS Paya Laut Jebong
diterbitkan pada 08 October 2025

Petron Malaysia, Yayasan Hijau Malaysia (YHM) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) telah menjalankan aktiviti penanaman 500 pokok bakau di Kompartmen 29, Hutan Simpan (HS) Paya Laut Jebong, Matang, Perak pada 8 Oktober 2025.

Sebanyak 500 pokok bakau daripada spesies bakau minyak (Rhizophora apiculata) ditanam oleh kira-kira 80 peserta yang terdiri daripada kakitangan Petron Malaysia, Pejabat Hutan Daerah Larut dan Matang, Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang serta wakil Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.

Program tersebut dirasmikan oleh Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Turut hadir, Dato' Samsu Anuar Nawi, Pengarah Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; Mohd Nasrul Menhat, Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama; Shahrinaz Maamor, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YHM; George Zachariah, Ketua Bahagian Pengedaran dan Operasi Terminal Petron Malaysia; dan Mohd Firdaus Jamel, Pegawai Hutan Daerah Larut dan Matang.

Setakat ini, Petron Malaysia telah menanam lebih 3,000 pokok melalui enam siri penanaman sejak tahun 2024 termasuk di Hutan Simpan Paya Laut Cherating (Pahang), Hutan Simpan Tanjung Burung (Perak) dan Petron Refinery, Port Dickson (Negeri Sembilan).

Inisiatif ini menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bawah Program Penghijauan Malaysia.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my