Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Petron Malaysia telah menjalankan aktiviti penanaman pokok bakau di Hutan Simpan Paya Laut Cherating, Pahang pada 26 September 2025.
Sebanyak 500 pokok daripada spesies bakau minyak (Rhizophora apiculata), bakau kurap (R. mucronata) dan bakau putih (Bruguiera cylindrica) telah ditanam.
Aktiviti tersebut disertai 40 peserta yang terdiri daripada staf Petron Malaysia, komuniti setempat, Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau serta Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gebeng.
Turut hadir, Raimi Hazwani Azman, Pengurus Operasi Terminal Petron Malaysia; Kholizan Jamaludin, Ketua Penolong Pengarah JPNP; Mohammed Ridhuan Najmuddin, Eksekutif Kanan Bahagian Projek YHM; dan Ahmad Nizam Abd Ghani, Ketua Kampung Cherating.
Diharap program ini menjadi langkah berterusan dalam memulihara kawasan pesisiran dan ekosistem bakau.
Sumber: Yayasan Hijau Malaysia
hello100jutapokok@nres.gov.my