Hak Cipta © 2026, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

KSN rasmi fasa akhir Program 'Rail to Roots'
diterbitkan pada 24 August 2025

Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar telah merasmikan Majlis Penanaman Pokok Fasa Akhir 'Rail to Roots: Rehabilitation of Degraded Forests & Capacity Building' di Kompartmen 46, Hutan Simpan Lentang, Pahang pada 24 Ogos 2025.

Program kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM), MRL dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ini menyasarkan pemulihan hutan terdegradasi sambil memperkasa komuniti.

Sebanyak 68 pokok termasuk pokok merbau (Intsia palembanica), petai (Parkia speciosa), kasai (Pometia pinnata) dan meranti kepong (Rubroshorea ovalis) dan meranti bukit (R. platyclados) telah ditanam sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68. Ia juga melengkapkan penanaman keseluruhan 3,000 pokok hutan bagi Program 'Rail to Roots'.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato' Sri Nazri Abu Bakar; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Dr Ching Thoo a/l Kim; Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato' Zahari Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Dato' Sri Darwis Abdul Razak; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Shahrinaz Maamor serta wakil-wakil agensi, pihak korporat dan komuniti setempat.

Sejak Ogos 2024, 15 warga Kampung Hulu Chemperoh telah dilatih dan kini telah berjaya menghasilkan lebih 17,000 anak pokok bagi membantu menambah sumber pendapatan komuniti setempat.

Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, malah menjadi model lestari yang menggabungkan konservasi hutan dan kesejahteraan masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my