Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

YHM, Petron tanam 600 pokok di Port Dickson
diterbitkan pada 03 July 2025

Yayasan Hijau Malaysia (YHM) menyokong agenda kelestarian Petron Malaysia menerusi Petron Green Lung Forest Enrichment Planting Project yang diadakan di Loji Penapisan Petron, Port Dickson pada 3 Julai 2025 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.

Sebanyak 600 anak pokok hutan asli dan nadir ditanam termasuk chengal (Neobalanocarpus heimii), merbau (Intsia palembanica), kempas (Koompassia malaccensis), nyatoh (Madhuca hirtiflora), kapur (Dryobalanops aromatica) serta pokok buah nadir seperti asam kandis (Garcinia xanthochymus), petai (Parkia speciosa) dan kembang semangkuk (Scaphium affine).

Usaha ini memperkukuh kawasan hutan seluas 400 ekar yang berfungsi sebagai 'Paru-Paru Hijau' Port Dickson, sekaligus meningkatkan daya tahan ekologi kawasan tersebut.

Pengurus Loji Penapisan Petron Malaysia, Dato' Raja Sallehudin berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen Petron dalam usaha pemulihan biodiversiti, peningkatan kualiti udara dan penyerapan karbon jangka panjang.

Inisiatif ini turut menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang bertemakan, 'Pokok Kita, Kehidupan Kita' bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku rakan teknikal utama telah menyediakan panduan saintifik sepanjang pelaksanaan projek. Ini termasuk pembekalan anak pokok, penyediaan tapak, penyelenggaraan serta pemantauan pertumbuhan biodiversiti dan penyerapan karbon bagi memastikan impak alam sekitar dapat diukur secara berterusan.

Turut hadir, Shahrinaz Maamor, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YHM; Mohd Nizam Mansor, Pengurus Besar Petron Malaysia; Prof. Madya Dr Mohd Nazre Saleh, Pensyarah Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti UPM; Ir. Mohd Nazir Mansor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan; serta ahli-ahli Petron Malaysia Sustainability Council.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia (YHM)

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my