JHS, STIU tanam 648 pokok di HS Sabal
diterbitkan pada 21 June 2025
Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bersama Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak telah menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 21 Jun 2025 di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan.
Sebanyak 648 anak pokok bernilai tinggi seperti engkabang jantung (Rubroshorea macrophylla), luis (Hopea rugifolia) dan selangan batu pinang (Shorea havilandii) ditanam oleh 80 peserta yang terdiri daripada staf JHS, STIU serta ahli-ahli komuniti sekitar Sabal.
Turut hadir, Nasir Lariwoo, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan STIU dan Zarina Shebli, Ketua Bahagian Restorasi dan Hutan Industri JHS.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403 • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli • 2021
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke
hello100jutapokok@nres.gov.my