Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, SEB, JAS tanam 2,002 pokok DI HS Sabal
diterbitkan pada 12 June 2025

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS) telah menjalankan aktiviti penanaman anak pokok asli bernilai tinggi pada 12 Jun 2025 di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan.

Sebanyak 2,002 anak pokok berjaya ditanam melibatkan spesies seperti selangan batu pinang (Shorea havilandii), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) dan luis (Hopea rugifolia).

Program ini disertai seramai 160 peserta yang terdiri daripada kakitangan JHS, SEB, JAS serta komuniti setempat di Sabal. Turut hadir, John Rampai, Pengarah JAS Sarawak; Yusri Safri, Timbalan Pengarah Kontrak dan Perolehan SEB; dan Mostapha Kamal, Pegawai Penyelidik JHS.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my