Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melalui Pejabat Hutan Wilayah (PHW) Miri dengan kerjasama Open University Malaysia (OUM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 24 Mei 2025 di Hutan Simpan (HS) Bakam, Miri.
Sebanyak 500 anak pokok daripada spesies meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), engkabang jantung (R. macrophylla), belian (Eusideroxylon zwageri) dan sebagainya ditanam oleh 115 peserta.
Para peserta terdiri daripada pelajar dan alumni OUM, wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Miri, IBS College Miri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Miri.
Turut hadir, Prof. Dr Ahmad Izanee Awang, Presiden OUM Malaysia; Ariffin Mohamad, Timbalan Datuk Bandar Miri; Saiful Arini, Pengurus RTM Miri; dan Liam Dibor, Pegawai Hutan Wilayah Miri.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak (JHS)
hello100jutapokok@nres.gov.my