JHS, JMA tanam 700 pokok tajaan Kinoshita Group
diterbitkan pada 24 May 2025
Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Japan Malaysia Association (JMA) telah menjalankan program penanaman pokok tajaan Kinoshita Group pada 24 Mei 2025 di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan.
Sebanyak 700 anak pokok asli seperti kapur bukit (Dryobalanops beccarii) dan bintangor batang putih (Calophyllum lowei) ditanam dengan penglibatan seramai 100 peserta yang terdiri daripada staf JHS, JMA, pelajar SMK Balai Ringin, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta komuniti setempat.
Turut hadir, Kazue Sakai, Koordinator JMA Sarawak; Prof Madya Dr Mohd Effendi Wasli, Pensyarah UNIMAS; dan Micheal Pulo, guru pengiring SMK Balai Ringin.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403 • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli • 2021
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke
hello100jutapokok@nres.gov.my