Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Daiken Sarawak Sdn. Bhd. telah menjalankan program penanaman pokok sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) peringkat Pejabat Hutan Wilayah Bintulu pada 6 Mei 2025 di kawasan 'License Planted Forest' (LPF) Daiken Sarawak Sdn. Bhd., Bintulu.
Sebanyak 1,500 anak pokok pelbagai spesies ditanam termasuk bintangor batang putih (Calophyllum lowei), luis kerengas (Hopea micrantha), nyatoh babi daun kecil (Palaquium microphyllum) dan meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia).
Program ini disertai seramai 165 peserta yang terdiri daripada kakitangan JHS, Daiken Sarawak serta wakil komuniti setempat. Turut hadir, Datu Hamden Mohammad, Pengarah JHS; dan Yasushi Sugio, Pengarah Urusan Daiken Sarawak Sdn. Bhd.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
hello100jutapokok@nres.gov.my