JHS, SEB tanam 1,000 pokok di HS Similajau
diterbitkan pada 24 May 2025
Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melalui Pejabat Hutan Wilayah (PHW) Bintulu dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) Cawangan Bintulu telah menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 24 Mei 2025 di Hutan Simpan (HS) Similajau, Bintulu.
Sebanyak 1,000 anak pokok asli bernilai tinggi seperti bintangor batang putih (Calophyllum lowei), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), dan meranti sarang punai (R. parvifolia) ditanam dengan penglibatan 111 peserta yang terdiri daripada staf PHW Bintulu dan SEB.
Turut hadir, Hwang Chiong Hee, Pegawai Hutan Wilayah Bintulu dan Hung Sing Ye, Pengurus SEB Cawangan Bintulu.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak
Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403 • Kementerian Tenaga dan Sumber Asli • 2021
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke
hello100jutapokok@nres.gov.my