Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Phili-Orient Logistics (PG) sertai aktiviti penghijauan FRIM
diterbitkan pada 11 October 2025

Phili-Orient Logistics (PG) Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada 11 Oktober 2025.

Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM diikuti dengan taklimat keselamatan dan panduan penanaman pokok yang disampaikan oleh Mahat Mohd Judin, Pengawas Hutan dari Cawangan Silvikultur Ladang FRIM.

Jay Shanker, Pengarah Urusan syarikat menyatakan komitmen untuk terus menyumbang ke arah kelestarian alam, sejajar dengan nilai teras syarikat yang menekankan kepentingan pemuliharaan alam. Beliau turut menegaskan bahawa inisiatif sebegini amat penting bagi memastikan udara yang bersih dan persekitaran yang sihat bukan sahaja untuk kesejahteraan komuniti setempat, tetapi juga demi masa depan generasi akan datang.

Sebanyak 40 pokok daripada spesies merawan jangkang (Hopea nervosa) dan merawan kanching (H. subalata) telah berjaya ditanam oleh 40 warga syarikat yang menyertai program ini.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my