Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, AEON pulih habitat kelip-kelip Kuala Selangor
diterbitkan pada 11 October 2025

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan AEON Co. (M) Bhd. telah menganjurkan Program CSR 'Terang di Hujung Dahan – Pemulihan Habitat Kelip-kelip' di Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada 11 Oktober 2025.

Program ini mengetengahkan kepentingan pemulihan habitat pembiakan kelip-kelip di Sungai Selangor melalui aktiviti penanaman 48 anak pokok rumbia/sago (Metroxylon sagu) dan 50 anak pokok berembang (Sonneratia caseolaris) yang berperanan penting sebagai habitat utama kelip-kelip.

Seramai 80 peserta terdiri daripada sukarelawan AEON, wakil komuniti tempatan (Pertubuhan Inspirasi Kawa, KONGRES dan Persatuan Pendayung Kelip-kelip Kampung Kuantan) serta agensi berkaitan turut berganding bahu menjayakan aktiviti ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr Mohmad Asari Daud, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), dengan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Ismail Parlan dan Dr Kasuma Satria Mat Jadi, Pengarah Bahagian Kelestarian AEON Co. (M) Bhd.

Pada malam 10 Oktober, pihak pengurusan AEON menyaksikan kelip-kelip di Kampung Kuantan bagi meningkatkan apresiasi terhadap ekosistem Sungai Selangor.

Program ini turut disokong oleh LUAS, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Aktiviti penanaman ini merupakan sebahagian daripada projek berterusan hingga pertengahan 2026 yang turut melibatkan kajian pemantauan pertumbuhan pokok secara saintifik.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan FRIM, AEON dan komuniti tempatan dalam memastikan Sungai Selangor kekal sebagai habitat unik kelip-kelip — khazanah alam yang menjadi kebanggaan negara.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my