Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, Maybank lancar projek penanaman hutan Bidor
diterbitkan pada 27 September 2025

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Maybank telah melancarkan Maybank–FRIM Afforestation Project di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF), Bidor, Perak pada 27 September 2025.

Projek ini merupakan inisiatif pemulihan hutan di kawasan bekas lombong bijih timah seluas lima hektar yang bakal ditanam dengan 3,750 pokok pelbagai spesies hutan tropika.

Sebanyak 1,500 pokok daripada 17 spesies tempatan akan ditanam tahun ini dan 150 pokok telah ditanam sempena majlis pelancaran hari ini oleh warga FRIM dan Maybank.

Majlis pelancaran projek ini disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Sri Ir Zamzamzairani Mohd Isa, Pengerusi Maybank bersama Dato' Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM.

Turut hadir, Datuk Shahril Azuar Jimin, Ketua Pegawai Kemampanan Kumpulan Maybank; Dr Norwati Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM; Dr Lee Soon Leong, Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM; Suresh Ramasamy, Pengarah Wilayah Maybank Perak; dan Fawwaz Abdurrahman Masni Shahril, Penolong Pegawai Daerah Batang Padang.

Sebagai acara simbolik, Zamzamzairani menanam merbau (Intsia palembanica), Pokok Kebangsaan Malaysia manakala Ismail dan Shahril Azuar menanam pokok ipoh (Antiaris toxicaria).

Dalam ucapannya, Ismail berkata projek ini merupakan satu lagi kejayaan FRIM menjalinkan kolaborasi dalam usaha memulihkan ekosistem terosot dan memelihara biodiversiti negara. Beliau turut mengajak lebih banyak syarikat korporat untuk melabur dalam penyelesaian berasaskan alam semula jadi bagi menyokong usaha kerajaan meningkatkan daya tahan iklim.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my