Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Frim anjur FGD, bincang reaksi awam Program Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 30 July 2025

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan sesi perbincangan fokus kumpulan (FGD) bagi mendapatkan input awam bagi projek pengumpulan maklumat reaksi awam Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada 30 Julai 2025 di Putrajaya.

Sesi ini dihadiri 30 peserta daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Forest Department Sarawak, Sabah Forestry Department, Yayasan Hijau Malaysia, Global Environment Centre, TM Group, Sawit Kinabalu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Taiping, Golden Pharos Berhad, Mitsubishi Motors, RISDA, Jabatan Pertanian Malaysia, Malaysian Nature Society, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd (ANGKASA), UMW, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Malaysian Timber Council (MTC), Sarawak Forestry Corporation dan Langkawi Development Authority.

Turut hadir, Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM.

Perbincangan berfokus ini menilai keberkesanan program serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Ia turut merumuskan keperluan kerjasama menyeluruh antara pihak berkepentingan bagi menjayakan misi penghijauan negara.

Dapatan sesi ini akan menjadi asas penting kepada penambahbaikan strategi pelaksanaan program pada masa akan datang.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my