Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Kerjaya Prospek (M) tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 19 July 2025

Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, syarikat pembinaan komersial dan pembangunan hartanah telah menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 19 Julai 2025 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta manakala Mohd Nizam Achin dari Cawangan Pengurusan Hutan FRIM pula memberi taklimat keselamatan serta teknik penanaman pokok.

Seramai 56 wakil syarikat tersebut menanam 40 pokok yang terdiri daripada spesies durian kampung (Durio zibethinus), merawan siput jantan (Hopea odorata), giam lintah bukit (H. helferi), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), balau membatu (Shorea guiso), sepetir daun licin (Sindora coriacea), resak laru (Vatica pauciflora), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), chengal (Neobalanocarpus heimii) dan manga (Mangifera indica).

Sebagai tanda penghargaan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menyampaikan sijil penghargaan kepada Datin Seri Toh Siew Chuon, Pengarah Eksekutif atas sumbangan syarikat terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan pemerkasaan kelestarian hutan negara.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my