Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

20 sertai ceramah pantau hutan dari angkasa di FRIM
diterbitkan pada 12 July 2025

Seramai 20 peserta telah menyertai ceramah umum bertajuk, 'Watching the Forests from the Sky’ anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Galeri Penyelidikan, FRIM Kepong pada 12 Julai 2025 sempena sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa 2025.

Dr Hamdan Omar, Pakar Geospatial FRIM berkongsi bagaimana satelit 'Earth Observation' (EO) digunakan untuk mengesan perubahan landskap hutan, menganggar keluasan hutan serta jumlah dirian pokok bagi menyokong usaha pemuliharaan secara saintifik.

Pada sesi praktikal, para peserta diberi peluang untuk mengira perubahan litupan hutan menggunakan peta pada dua tahun yang berbeza.

Sebagai simbolik sokongan kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Dr Norwati Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM menyampaikan anak pokok percuma kepada para peserta.

Turut hadir, Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat; dan Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM.

Sumer: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my