STM Lottery Sdn Bhd telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 21 Jun 2025 sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang diraikan pada 5 Jun setiap tahun.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM. Dasrul Iskandar Darus, Ketua Cawangan Silvikultur Ladang menyampaikan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan Bukit Hari yang merupakan salah satu plot kajian penting bagi spesies pokok di FRIM.
Mohd Ramly Mohd Saleh, Penolong Pengurus Taman/Ladang memberikan taklimat keselamatan serta demonstrasi teknik penanaman pokok yang betul.
Sebanyak 80 anak pokok kelempayan (Neolamarckia cadamba) telah ditanam oleh 67 peserta yang terdiri daripada staf STM Lottery serta ahli keluarga mereka.
John Cheong, wakil STM Lottery merakamkan penghargaan kepada FRIM atas peluang yang diberikan dan menyatakan harapan agar aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf mengenai kepentingan penanaman pokok dan pemeliharaan alam sekitar.
Sumber: FRIM

hello100jutapokok@nres.gov.my