Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Shearn Delamore tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 21 June 2025

Shearn Delamore & Co., syarikat guaman telah menjalankan aktiviti penanaman pokok melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kampus utama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 21 Jun 2025.

Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta. Turut hadir, Jimmy Liew, Rakan Kongsi Shearn Delamore dari Kumpulan Amalan Penyelesaian Pertikaian; dan Christina Kow, Ketua Kumpulan Amalan Perkhidmatan Kewangan.

Mohd Nizam Achin dari Cawangan Pengurusan Hutan FRIM menyampaikan taklimat keselamatan serta teknik penanaman.

Seramai 20 warga syarikat tersebut menanam 20 pokok daripada spesies durian (Durio sp.), merawan mata kucing pipit (Hopea johorensis), belian (Eusideroxylon zwageri), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia) dan jambu bol (Syzygium malaccense) sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sebagai tanda penghargaan, FRIM menyampaikan sijil penghargaan kepada syarikat tersebut atas sumbangan terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan pemerkasaan kelestarian hutan negara.

Program ini diakhiri dengan lawatan ke Jejantas Rimba (Forest Skywalk) di Taman Botani Kepong.

Shearn Delamore telah menjalankan aktiviti CSR penanaman pokok di FRIM setiap tahun sejak 2022.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my