Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, AEON mulakan fasa Segamat Projek Hutan Persahabatan Malaysia-Jepun
diterbitkan pada 20 June 2025

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan AEON Co. (M) Bhd. mengadakan majlis di FRIM Kepong bagi menandakan penutupan fasa Bidor dan pelancaran fasa Segamat bagi inisiatif Hutan Persahabatan Malaysia-Jepun.

Majlis dihadiri oleh Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd.; Dato' Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM; serta pengurusan kanan kedua-dua organisasi.

Kerjasama FRIM dan AEON di Bidor bermula sejak 2014, dengan usaha memulihkan kawasan bekas lombong bijih timah. Sebanyak 30,000 pokok telah ditanam meliputi 22.45 hektar selama 10 tahun, melibatkan lebih 100 spesies pokok.

Fasa baharu di Segamat akan melibatkan penanaman 30,000 pokok lagi di kawasan seluas 36 hektar dari 2025 hingga 2028.

Sebagai simbolik, sesi penanaman pokok turut diadakan di Padang 44, FRIM Kepong. Antara spesies yang ditanam termasuk meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) dan sesenduk (Endospermum diadenum).

Selepas penanaman, delegasi dibawa melawat Galeri Penyelidikan, Jejantas Rimba dan kampus FRIM untuk melihat aktiviti penyelidikan, pendidikan ekologi dan pelancongan lestari.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my