EcoFlow Malaysia, syarikat teknologi tenaga inovatif dan pakar dalam teknologi bateri mudah alih, telah melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 31 Mei 2025.
Seramai lapan wakil syarikat telah menanam 20 pokok daripada spesies durian (Durio sp.), merawan siput jantan (Hopea odorata), giam lintah bukit (H. helferi), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), resak daun panjang (Vatica nitens) dan jambu bol (Syzygium malaccense) sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta, manakala taklimat keselamatan serta teknik penanaman telah disampaikan oleh Mohd Nizam Achin dari Cawangan Pengurusan Hutan FRIM.
Sebagai tanda penghargaan, FRIM turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Bryan Seow Jun Kit, Pengurus Jualan EcoFlow Malaysia atas sumbangan syarikat terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan pemerkasaan kelestarian hutan negara.
Sumber: FRIM

hello100jutapokok@nres.gov.my