Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Mitsui & Co. (Malaysia) sambut Hari Biod di FRIM
diterbitkan pada 24 May 2025

Mitsui & Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menyambut Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2025 dengan menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Eco-Roots Initiative' di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 24 Mei 2025.

Seramai 40 peserta yang diketuai oleh Hiromitsu Narukama, Pengarah Urusan disambut Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM. Maria menyampaikan ucapan alu-aluan serta memberikan taklimat ringkas mengenai sejarah dan peranan FRIM dalam pemuliharaan alam sekitar.

Taklimat mengenai teknik penyemaian anak pokok dan penghasilan anak pokok berkualiti pula disampaikan oleh Noraliza Alias, Pegawai Penyelidik Cawangan Tapak Semaian Utama (TSU) FRIM.

Semua peserta kemudiannya menyertai aktiviti menyemai anak pokok belian (Eusideroxylon zwageri) yang dikendalikan oleh Nurzayanah Adilah Mohd Zain bersama urus setia CSR FRIM di TSU.

Program diakhiri dengan lawatan berpandu ke denai alam untuk menyaksikan fenomena unik malu-malu silara (crown shyness) yang menjadi tarikan utama ekopelancongan FRIM.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my