Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melalui Cawangan Pemuliharaan dan Biodiversiti Informatik (PULIH) dengan kerjasama UMT - Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Program Wacana Ilmu Biodiversiti di UMT Convention Centre (UMTCC) pada 22 Mei 2025.
Program yang bertujuan menyebarkan maklumat biodiversiti ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Suriyani Muhamad, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UMT. Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan. Turut hadir, Prof. Dr Amirrudin Ahmad, Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari UMT (IBTPL).
Seramai 100 peserta yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan pelajar IPT sekitar Terengganu telah menghadiri program ini yang diadakan sempena sambutan Hari Kepelbagaian Biodiversiti Antarabangsa. Sambutan ini yang diraikan pada 22 Mei setiap tahun.
Wakil-wakil FRIM, UMT, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia Negeri Terengganu serta Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) turut menanam empat pokok merawan siput jantan (Hopea odorata) di Taman Botani UMT.
Slot Perkongsian Ilmu berkonsepkan Sembang Santai turut diadakan, merangkumi topik Keunikan Biodiversiti Flora di Terengganu dan Keunikan Biodiversiti Hidupan Liar di Terengganu.
Sumber: FRIM

hello100jutapokok@nres.gov.my