Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Prokhas Sdn Bhd tanam pokok, sambut Hari Biod di FRIM
diterbitkan pada 17 May 2025

Prokhas Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 17 Mei 2025 sempena sambutan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa serta menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Perhubungan Awam FRIM, Maria Arlene Jackan, yang turut berkongsi sejarah penubuhan Taman Botani Kepong yang merupakan salah satu tarikan utama di FRIM.

Penolong Pengurus Taman/Ladang, Cawangan Silvikultur Ladang FRIM, Mohd Ramly Mohd Saleh turut menyampaikan taklimat keselamatan dan menunjukkan demonstrasi teknik penanaman yang betul. Sebanyak 40 pokok spesies kelempayan (Neolamarckia cadamba) telah berjaya ditanam oleh 40 staf Prokhas dan ahli keluarga mereka.

Program diakhiri dengan lawatan ke Jejantas Rimba (Forest Skywalk) FRIM bagi menikmati panorama hutan tropika.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my