Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sumbang pokok, sokong taman eko-pelajaran PSAS
diterbitkan pada 29 April 2025

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyumbangkan 50 anak pokok hutan kepada TAMAN EKO-PELAJARAN Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak sempena sambutan ulang tahun pertama taman tersebut pada 29 April 2025.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM, yang turut menanam pokok engkabang (Rubrosphorea macrophylla) sebagai simbolik sokongan FRIM terhadap usaha pemeliharaan dan pendidikan alam sekitar.

Dr Siti Salwana Hashim, Pegawai Penyelidik FRIM, membentangkan kertas kerja bertajuk, 'Mendidik Warga Politeknik Sultan Azlan Shah Membudayakan Penanaman Pokok Sebagai Amalan Pemeliharaan Alam Sekitar' pada majlis yang dihadiri 146 peserta.

Pokok-pokok yang disumbangkan oleh Tapak Semaian Utama FRIM terdiri daripada balau laut (Shorea glauca), balau sengkawang air (S. sumatrana), damar hitam bulu (S. longisperma), damar hitam pipit (S. multiflora), meranti kepong (Rubroshorea ovalis), engkabang, seraya mempelas (R. scaberrima), keruing kipas (Dipterocarpus costulatus), keruing pipit (D. fagineus), keruing padi (D. semivestitus), keruing daun besar (D. alatus), damar hitam telepok (Richetia peltata), gapis (Saraca thaipingensis), kempas (Koompassia malaccensis), kulim (Scorodocarpus borneensis), melaka (Phyllanthus emblica), merawan daun bulat (Hopea latifolia), merawan kanching (H. subalata), giam lintah bukit (H. helferi), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), resak ranting kesat (Vatica odorata), resak air (V. umbonata), resak irian (V. papuana), kapur (Dryobalanops aromatica), cengal (Neobalanocarpus heimii) dan ramin (Gonystylus spp).

Turut hadir, Dr Nazratulhuda Awang @ Hashim, Timbalan Pengarah (Akademik) PSAS; Santharasekaran Subramaniam, Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM); Khairul Na'im Ya'akub, Pegawai Perhutanan Daerah Perak Selatan; dan Dr Shamsul Khamis, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my