Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Ql resources sambut Hari Bumi di FRIM
diterbitkan pada 26 April 2025

QL Resources Berhad telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 26 April 2025 sempena sambutan Hari Bumi bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Pegawai Media FRIM, Lim Chung Lu menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan oleh Chia Song Kooi, Ketua Pegawai Eksekutif QL Resources. Turut hadir, seramai 22 warga barisan pengarah dan pengurusan QL Resources serta ahli keluarga mereka.

Chia berkata aktiviti penanaman pokok ini selaras dengan tema sambutan Hari Bumi 2025, iaitu Our Power, Our Planet kerana ia membantu memulihara alam sekitar, menstabilkan iklim dan mempertahankan serta menyediakan warisan hijau yang berharga untuk generasi akan datang.

Penolong Pengurus Taman/Ladang Cawangan Silvikultur Ladang FRIM, Mohd Ramly Mohd Saleh menyampaikan taklimat keselamatan serta demonstrasi teknik penanaman. Sebanyak 20 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) berjaya ditanam dalam aktiviti ini.

Lim juga memberi penerangan mengenai spesies-spesies pokok menarik yang ditanam di Bukit Hari. Program ini diakhiri dengan lawatan ke Jejantas Rimba (Forest Skywalk) FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my