Pentech Solution Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 19 April 2025 sempena sambutan Hari Bumi serta sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Mohd Ramly Mohd Saleh, Penolong Pengurus Taman/Ladang, Cawangan Silvikultur Ladang FRIM, bagi menyambut kedatangan kumpulan peserta program ini.
Yeoh Chin Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Pentech berkata inisiatif sebegini sangat penting untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan menanam pokok untuk pemeliharaan alam sekitar serta peluang kepada para peserta untuk menyumbang kepada usaha penghijauan.
Sebanyak 40 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) telah berjaya ditanam oleh 32 peserta pada program ini.
Sumber: FRIM

hello100jutapokok@nres.gov.my