Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPSM, JPNS, PKPS, Kolej INTI tanam pokok di Selangor Fruit Valley
diterbitkan pada 21 October 2024

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kolej Antarabangsa INTI Subang Jaya telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 21 Oktober 2024 di Selangor Fruit Valley.

Aktiviti ini bertujuan menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta menggalakkan penglibatan dan kerjasama institusi pendidikan dalam merealisasikan kempen tersebut.

Turut hadir, Mohd Ismail Abdul Aziz, Pengurus Operasi Sektor Sekuriti PKPS; Nurul Hidayah Hadzuha, Penolong Pengarah (Pemuliharaan Hutan) JPSM; Raja Muhammad Faiz, Penolong Pengurus Kanan Selangor Fruit Valley; dan Veronica Justin, Pegawai Hutan Daerah Hulu Selangor JPNS.

Raja Muhammad menyampaikan taklimat mengenai panduan dan kaedah betul dalam penanaman pokok bagi menjamin kelangsungan hidup pokok-pokok yang ditanam.

Sebanyak 400 batang pokok jambu batu lohan (Psidium guajava) telah ditanam oleh 106 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan para pelajar kolej. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong Program Penghijauan Malaysia, tetapi juga menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti yang memberi impak positif kepada alam sekitar.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my