Seramai 100 peserta telah menanam 500 pokok bakau minyak (Rhizophora apiculata) pada Program Penanaman Pokok Bakau ALAM BE-LEAF pada 13 Julai 2024 di Hutan Simpan Merbok, Kedah.
Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Amanah Lestari Alam (ALAM), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPN Kedah), Sukarelawan KBS (Satria), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Sainursalwa Sani, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Bank Pembangunan Malaysia Berhad menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Dato' Zahari Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) JPSM menyampaikan ucapan perasmian.
Kerjasama erat antara pelbagai jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti ini diharap dapat diteruskan bagi mengukuhkan usaha pemuliharaan kawasan hijau negara, memupuk semangat cinta kepada kawasan berhutan serta menyokong agenda nasional Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
hello100jutapokok@nres.gov.my