Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

CMA CGM tanam 150 pokok di TBNSA
diterbitkan pada 20 April 2024

CMA CGM Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) pada 20 April 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Seramai 62 staf CMA terlibat dalam penanaman sebanyak 150 pokok yang terdiri daripada spesies merawan bunga (Hopea pubescens), merawan siput jantan (H. odorata), merawan kanching (H. subalata), keruing kipas (Dipterocarpus costulatus), kapur (Dryobalanops aromatica), kelat paya (Syzygium myrtifolium), petaling (Ochanostachys amentacea), chengal (Neobalanocarpus heimii), tampoi (Baccaurea macrocarpa), rambai (B. motleyana), sentul (Sandoricum koetjape), machang (Mangifera foetida) dan perah (Elateriospermum tapos).

Mohd Zuhir Ahmad Mustafa Khalili, Penolong Pengarah (Penghutanan Semula) JPSM menyampaikan taklimat berkenaan Program Penghijauan Malaysia manakala Fairul Aswan Ahmad Radzuan, Penolong Pemelihara Hutan JPNS menyampaikan taklimat cara penanaman dan penjagaan anak pokok.

Turut hadir, Wan Zulkifli Wan Alim, Penolong Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my