Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNPP promosi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara Pulau Pinang
diterbitkan pada 26 October 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mempromosikan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara peringkat Pulau Pinang.

Sambutan pada 26 Oktober 2024 di Eco World Gallery @ Eco Horizon, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Sundarajoo Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang.

Reruai pameran JPNPP mengetengahkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Taman Eko-Rimba dan Taman Negeri di Pulau Pinang.

JPNPP juga menyumbangkan 40 anak pokok kipas bulat (Licuala grandis), kerian (Syzygium cumini), mas cotek (Ficus deltoidea) dan mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) kepada pengunjung untuk ditanam di kediaman masing-masing.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my