Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNPP promosi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia
diterbitkan pada 03 October 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mempromosikan Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 pada 3 Oktober 2024.

Sambutan yang diadakan di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena tersebut dirasmikan oleh YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pameran JPNPP mengetengahkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, Taman Eko-Rimba dan Taman Negeri di Pulau Pinang.

JPNPP juga menyumbangkan 100 pokok kipas bulat (Licuala grandis), petai (Parkia speciosa), setar (Bouea macrophylla), kerian (Syzygium cumini) dan jambu air (S. aqueum) kepada pengunjung untuk ditanam di kawasan premis dan kediaman masing-masing.

Pengisian sambutan termasuk Pelancaran e-MOSPlan, Penyampaian Sijil Penghargaan MURNInets, Penyampaian Anugerah tokoh Perancang Bandar 2024, Sesi Diskusi Berkaitan Transformasi Digital Teras Perancangan Negeri Pintar serta lawatan Chow ke reruai pameran agensi kerajaan dan badan berkanun.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my