Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mengagihkan 80 anak pokok kepada pengunjung pameran bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 pada 31 Ogos 2024 di Padang Kota, Pulau Pinang.
Spesies-spesies yang diagihkan termasuk jambu air (Syzygium aqueum), kelat paya (Syzygium papillosum), tongkat ali (Eurycoma longifolia), melur (Jasminum sambac) untuk ditanam di kawasan premis dan kediaman masing-masing.
Pengisian program sambutan tersebut termasuk pameran oleh agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat korporat serta perarakan dan persembahan.
Reruai pameran JPNPP mengetengahkan Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, Taman Eko-Rimba dan Taman Negeri di Pulau Pinang.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
hello100jutapokok@nres.gov.my