Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, Cahya Mata Sarawak, i-CATS tanam 2,500 pokok
diterbitkan pada 26 April 2025

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bersama Cahya Mata Sarawak dan Universiti Kolej i-CATS (i-CATS) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Cahya Mata Sarawak pada 26 April 2025 di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan.

Sebanyak 2,500 anak pokok asli bernilai tinggi seperti belian (Eusideroxylon zwageri), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), engkabang jantung (R. macrophylla) dan bintangor batang putih (Calophyllum lowii) ditanam dengan penglibatan seramai 250 peserta yang terdiri daripada staf Cahya Mata Sarawak, pelajar-pelajar i-CATS dan komuniti Kampung Sabal.

Turut hadir, Semilan Ripot, Timbalan Pengarah JHS; dan Raymond Ugay Benjamin, Ketua, Unit Perniagaan Strategik Penyelenggaraan Jalan Cahya Mata Sarawak.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my