Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, OUM, PERKESO, SJKC Chung Hua Sambir tanam 505 pokok di HS Sabal
diterbitkan pada 12 April 2025

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bersama Open University Malaysia (OUM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Serian dan SJKC Chung Hua Sambir telah menjalankan aktiviti penanaman pokok bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) OUM pada 12 April 2025 di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan.

Sebanyak 505 pokok asli bernilai tinggi seperti meranti pitis (Rubroshorea ovata), meranti tembaga (R. leprosula), bintangor batang putih (Calophyllum lowii) dan belian (Eusideroxylon zwageri) ditanam dengan penglibatan 130 peserta termasuk pengurusan, pensyarah, pelajar OUM, wakil PERKESO Serian, guru-guru sekolah serta komuniti Kampung Sabal.

OUM turut menyumbang RM1,000 kepada JHS bagi menyokong usaha restorasi landskap hutan serta 20 bakul makanan kepada ahli-ahli komuniti daripada empat kampung sekitar HS Sabal, Simunjan.

Turut hadir, Mohd Adam Muslim Abdullah, Pegawai Daerah Kecil Balai Ringin yang mewakili Snowdan Lawan, Adun Balai Ringin; Happysupina Sait, Timbalan Pengarah JHS; dan Prof. Dr Ahmad Izanee Awang, Naib Canselor OUM.

Program tersebut ini menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti dan penghutanan semula yang selaras dengan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my