Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menjalankan program penanaman pokok sempena Hari Hutan Antarabangsa (HHA) 2025 pada 21 Mac 2025 di Hutan Simpan (HS) Sabal, Simunjan.
Program ini turut menyasarkan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi “The Most Variety of Shorea Tree Species Planted in an Event” menerusi penanaman sebanyak 5,000 anak pokok melibatkan 60 spesies pokok seperti selangan batu pinang (Shorea havilandii), meranti melantai (Rubroshorea macroptera), engkabang layar (R. fallax), meranti pitis (R. ovata) dan selangan merah (R. kunstleri).
Turut hadir, Hamden Mohammad, Pengarah JHS; serta Marconi Madai, Naib Presiden Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE), Sarawak Energy.
Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

hello100jutapokok@nres.gov.my