Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPSM semai ilmu, tanam harapan di ASIQS
diterbitkan pada 05 May 2025

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan kunjungan ke Ash Shura Institute of Quranic Sciences (ASIQS) pada 5 Mei 2025 bagi mempromosikan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program ini melibatkan penyertaan pelajar ASIQS berumur 12-15 tahun yang menunjukkan minat mendalam terhadap isu alam sekitar dan masa depan bumi.

Bethany Ruth Mai Rowland Reggie, Penolong Pegawai (Pemuliharaan Hutan) JPSM menyampaikan taklimat mengenai kepentingan usaha penghijauan negara melalui pelaksanaan kempen ini.

Pelajar turut menyaksikan demonstrasi penanaman pokok merbau (Intsia palembanica) yang dikendalikan oleh Nour Hakimi Ibrahim, Penolong Pegawai (Perhutanan Tani) JPSM bagi memberi pengalaman praktikal kepada pelajar tentang teknik penanaman yang betul.

Pada sesi interaktif, pelajar menemubual Muhamad Hafni Ahmad Saraji, Ketua Seksyen (Perhutanan Tani & Penghutanan Semula) JPSM mengenai topik pengurusan hutan, kebakaran hutan dan kesedaran awam.

Sesi tersebut menggalakkan perkongsian maklumat berkenaan peranan JPSM serta menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.

Program ini jelas mencerminkan semangat generasi muda untuk menghijaukan bumi.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my