Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPSM, Our Lady of Fatima, SJKT Thamboosamy Pillai tanam 100 pokok
diterbitkan pada 22 March 2025

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersama Komuniti Our Lady of Fatima dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Thamboosamy Pillai, Kuala Lumpur telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di kawasan sekolah pada 22 Mac 2025 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Turut hadir, Nurfazliza Kamarulbahrin, Penolong Pengarah (Penghutanan Semula), JPSM; Rev. Fr. Andrew Manickam daripada Komuniti Our Lady of Fatima; Theresa Ayyakkanu, Guru Besar SJKT Thamboosamy; dan Rathana Mala, wakil alumni sekolah.

Nurul Hidayah Hadzuha, Penolong Pengarah (Pemuliharaan Hutan) JPSM menyampaikan taklimat mengenai Program Penghijauan Malaysia dan teknik penanaman pokok kepada peserta.

Seterusnya, sebanyak 100 pokok kelat paya (Syzygium myrtifolium) ditanam oleh 60 peserta yang terdiri daripada Komuniti Our Lady of Fatima dan pelajar sekolah.

Kolaborasi ini mencerminkan usaha bersama dalam memelihara kelestarian alam sekitar demi generasi akan datang.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my