Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

RHB, JPNM, MPHTJ Tanam Pokok di Ayer Keroh
diterbitkan pada 28 September 2024

RHB Bank telah menganjurkan program 'Touch Heart 2024' dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Taman Botanikal, Ayer Keroh, pada 28 September 2024.

Program yang ini diadakan sempena Hari Cuci Malaysia 2024 ini turut menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Seramai 400 peserta yang terdiri daripada warga ketiga-tiga pihak menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Taman Botanikal bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam, di samping meningkatkan semangat kerjasama serta komitmen semua pihak.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron turut menanam pokok merbau (Intsia palembanica) sebagai acara simbolik program tersebut.

Sebanyak lima pokok merbau juga ditanam oleh dif-dif jemputan lain bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan alam serta menyokong usaha penanaman pokok demi kelestarian ekosistem.

Program RHB 'Touch Heart 2024' ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuhkan kerjasama antara sektor awam dan swasta untuk memelihara alam sekitar demi generasi masa depan.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my