Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNM, Spirit Aerosystems Malaysia tanam 40 pokok
diterbitkan pada 21 September 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) dengan kerjasama Spirit Aerosystems Malaysia Sdn Bhd telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 21 September 2024 di Taman Eko Rimba (TER) Tanjung Tuan, Melaka.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat tersebut yang bertujuan menjaga kelestarian alam sekitar, khususnya di kawasan ekopelancongan serta menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Turut hadir, Mohd Asrol Che Mud, Penolong Pemelihara Hutan JPNM; Khalil Khamis, Pemelihara Hutan JPNM; serta Mohd Asrol Che Mud, Penolong Pemelihara Hutan Daerah Alor Gajah.

Seramai 60 peserta Spirit Aerosystems Malaysia telah menanam 40 pokok ketapang (Terminalia catappa) di Pantai Monkey Bay, TER Tanjung Tuan.

Staf Pejabat Hutan Daerah Alor Gajah turut membantu dalam yang memberikan panduan proses penanaman.

Selain daripada aktiviti penanaman, para peserta juga mengambil bahagian dalam kerja-kerja pembersihan di sepanjang trek pendakian Pantai Monkey Bay.

Aktiviti-aktiviti tersebut menunjukkan komitmen Spirit Aerosystems Malaysia dan JPNM dalam memelihara alam sekitar dan menyokong usaha penghijauan di Malaysia.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my